KABASHITOR UNLIMITED SAYS ABOUT KG TAMBATUON

Friday, October 22, 2010

Empangan Oh Empangan!! Chapter 1...


Segalanya bermula dari sini... Walaupun saya sudah mendengar kiasan dari Mantan Ketua Kampung yang akan dibinanya EMPANGAN di Kg. Tambatuon pada masa akan datang, namun pada waktu itu,.. saya menganggapnya sebagai karut... Memang susah untuk saya menerimanya sendiri... Sebagai seorang daripada warga Kg. Tambatuon yang amat patriotik,.. Itu memang tidak masuk akal...

Tapi setelah kali pertama saya melihat akhbar ini... Saya merasa amat terkilan dengan 1001 pertanyaan... Kenapa? Mengapa? kampung yang begitu indah... Aman... Ramai pengunjung... Bukannya dimajukan tetapi harus berkorban untuk rakyat? Adakah kami ini Hero? atau ini hanya hasad dengki manusia terhadap kampung ini semata mata... Atau,.. Benarkah tiada cara lain lagi untuk menangani masalah bekalan air di negeri Sabah ini?... 

Walaupun saya hanya berumur 27 tahun... Tapi sedikit sebanyak saya mengetahui sejarah kewujudan Kg. Tambatuon... Semua orang yang mempunyai kampung sendiri pasti merasa terkilan sekiranya kampung kelahirannya itu akan dimusnahkan untuk tujuan pengairan...atau tidak kira apa sahaja... Tiada insan yang sudi kehilangan habitat dan tempat tinggal...

Kg. Tambatuon kini yang telah mempunyai aset yang sudah mahal... Mempunyai sekolah rendah,.. padang bola,..gelanggang sepak takraw,.. Dewan serbaguna, kedai runcit, jalan raya berturap dalam kampung,.. tiang lampu, letrik, telaga, Gereja yang dibina sendiri dengan kos yang melebihi RM 50 ribu tanpa bantuan kerajaan.. Jambatan gantung, jambatan kereta,.. Sawah padi yang diusahakan sejak turun tumurun,.. Ladang getah yang mengaut keuntungan penoreh getah sehingga RM 1,000 - RM 5,000 sebulan,.. Kebun buah buahan... dan sebagainya... Nilai kampung ini kini sudah menjangkau juta ribu ringgit... Memang sayang sekali jika ditenggelamkan untuk tujuan pembinaan empangan...

Kami dari Kampung Tambatuon merayu... Selamatkan Kampung Kami dari hilang dari peta dunia... 

Akhir sekali...